November21
Oleh Prof Madya Dr Anisah Ab Ghani
KAUM wanita amat mengambil berat mengenai kecantikan, terutamanya kecantikan wajah kerana wajah yang pertama dipandang orang apabila berjumpa. Oleh itu, ramai di kalangan wanita sanggup membelanjakan wang yang banyak untuk mencantikkan wajah. Antara cara dianggap boleh mencantikkan wajah dan rupa paras ialah dengan membentuk bulu kening atau alis mata dengan mencabut dan mencukur sebahagian atau kesemuanya sekali. Kemudian bulu kening akan dibentuk semula dengan alat solekan seperti celak dan pensil alis sehingga kelihatan lebih cantik dan menarik.
Amalan itu bukanlah perkara baru dalam dunia persolekan wanita tetapi sudah diamalkan wanita di zaman jahiliyyah sebelum kedatangan Islam dan berterusan hingga hari ini. Malah dengan kebanjiran pelbagai jenis alat solek di pasaran serta kepakaran yang ada, bulu kening atau alis yang sesuai dengan raut wajah seseorang boleh dibentuk dengan mudah.
Walau bagaimanapun, wanita hari ini perlu memastikan apa yang dilakukan tidak bercanggah dengan ajaran Islam, termasuk bidang persolekan. Merujuk kepada teks syarak berkaitan persoalan ini, terdapat dua hadis yang menegur secara langsung perbuatan mencukur bulu kening. Perkara ini membabitkan satu riwayat tabf berkaitan dengan riwayat Imam Al-Tabari, bahawa isteri Abu Ishaq pergi ke rumah Aisyah Ummul- Mukminin, puteri Rasulullah saw. Pada waktu itu rupa parasnya sangat jelita. Beliau lalu bertanya kepada Aisyah mengenai hukum seorang wanita yang membuang bulu-bulu yang terdapat di dahinya untuk tujuan menambat hati suaminya. Aisyah menjawab: “Hapuskanlah kejelekan yang ada pada dirimu sedaya yang kamu mampu.”
Hadis kedua diriwayatkan oleh Al-Bukhari, Muslim dan Abu Daud yang menerangkan bahawa Rasulullah saw bersabda:
“Allah melaknat wanita-wanita yang mencabut bulu kening atau bulu muka (al-Namisah) atau meminta orang lain mencukur atau mencabut bulu keningnya (al-Mutanammisah), wanita yang mengasah gigi supaya kelihatan cantik. Perbuatan itu telah mengubah ciptaan Allah.”
Mengenai hadis pertama, Imam Nawawi berpendapat bahawa jawapan Aisyah kepada wanita itu membawa erti bahawa wanita boleh bersolek untuk suami, boleh merawat muka untuk menghilangkan kejelekan seperti jerawat, jeragat dan bintik-bintik. Namun demikian, beliau tidak boleh mencabut atau mencukur bulu-bulu di muka, termasuklah bulu kening untuk membentuk alis mata yang cantik.
Mengenai hadis kedua pula, ulama menjelaskan pengertian al-Namisah. Ibn al-Athir berpendapat ia bermaksud wanita-wanita yang mencabut bulu-bulu yang terdapat pada kawasan muka dengan tidak menggunakan alat pencabut. Ibn Hajar pula berpendapat, ia bermaksud wanita yang mencabut bulu- bulu di muka dengan alat pencabut. Abu Daud pula berpendapat, ia bermaksud wanita yang mencabut bulu- bulu kening atau mencukurnya dengan pisau pencukur sehingga kelihatan halus. Keterangan di atas menunjukkan perkataan al-Namisah merangkumi semua pengertian iaitu mencabut bulu-bulu di muka untuk kelihatan cantik dan berseri. Majoriti fuqaha berpendapat, mencabut atau mencukur bulu kening sehingga kelihatan halus adalah diharamkan sama ada kepada lelaki atau wanita kerana perbuatan itu termasuk dalam istilah mengubah ciptaan Allah sebagaimana dijelaskan dalam hadis kedua.
Namun demikian, bagi wanita yang mempunyai terlalu panjang atau terlalu lebat sehingga kelihatan jelik, bolehlah mencabutnya sekadar membolehkan kelihatan halus kerana ia tidak dianggap mengubah ciptaan Allah.
Kesimpulannya, berhias untuk suami adalah diharuskan tetapi membentuk bulu kening dengan mencabut atau mencukurnya sehingga menjadi alis yang cantik adalah tidak dibenarkan. Menghilangkan sebarang tanda yang menjelekkan pandangan di badan, termasuk muka seperti jerawat, jeragat dan bintik hitam, adalah dibenarkan sama ada wanita bersuami atau tidak.
Dalam keghairahan wanita mencantikkan wajah untuk menambat hati suami atau sebagainya, jangan sampai terkeluar daripada sempadan yang digariskan oleh syarak kerana kecantikan bercanggah dengan syarak akan menggadaikan diri sendiri.
Penulis adalah Pensyarah Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya dan boleh dihubungi di alamat emel, wanitajim0@yahoo.com
–
Tak perlu mencari teman secantik BALQIS,
Jika diri tak seindah SULAIMAN,
Mengapa mengharap teman setampan YUSUF,
Jika kasih tak setulus ZULAIKHA,
Tak perlu diri menjadi seteguh IBRAHIM,
Jika tak sekuat SARAH,
Mengapa didamba teman hidup seistimewa KHADIJAH,
Jika diri tak sesempurna RASULULLAH S.A.W
November21


Huhu ni lah kucing peliharaanku…. sehari kalau aku tak peluk cium kucing aku memang tak sah!… selalu kawan-kawan kat office aku nak balik umah cepat nak tengok anak bini diorang tapi aku plak nak balik cepat sebab nak kasi anak-anak kucing aku makan hehehehe, seminggu je kos nak beli makanan cat-cat ni je dekat RM50… sebulan dah berapa dah!.. kalah aku makan hehehe… semuanya kucing peliharaan aku ni ada 5 ekor yang masih hidup… sebelum ni aku dah bele lebih kurang 50ekor kucing, tapi semuanya dah mati/hilang/kene langgar, ingat dulu masa aku bela si putih mata biru, ada orang langgar dia.. abis satu kampung kecoh, mana taknya aku melalak macam orang hilang bini kekekekek, aku ni memang sensetif sikit orangnya, tengok orang gembira pun aku boleh menangis. Lantak arr orang nak cakap lelaki menangis malu ke apa ke, bukan kene bayar pun nak menangis! lepas nangis mesti lege lepas tu.. tak suke la lelaki kalau ego lebih sangat.
berbalik cerita pasal kucing aku ni, yang aku paling sayang si kunsa ngan si kecik, ntah la aku pernah tengok dalam internet orang seksa kucing ni, tak berhati perut langsung. tak adakah perasaan kesian kat binatang?.. perangai manusia sekarang pun dah macam binatang. Pernah makcik aku cakap kalau bela kucing ni dia akan mendoakan kesehajteraan tuan dia. Alhamdulillah rezeki aku masih ditahap lebih dari cukup walaupun terpaksa membeli makanan kucing aku yang agak mahal tiap2 minggu.
satu yang orang paling tak suka kalau cerita pasal kucing ni adalah pengurusan najis dia, huh!! jangan cakap la dia punya bau kalah najis aku hihihi… kucing2 yang aku bela ni semua tau buang dalam tandas, cuma sekor ni je si kunsa ni masih tak reti nak buang kat tandas, dah besar pun masih tak pandai. Satu lagi kucing ni ada sejenis bekteria/virus toxoplasma kat badan dia, so sapa yang ada asma tu memang tak sesuai la. Untuk wanita mengandung pun tak sesuai sebab boleh menyebabkan terencatnya janin dalam perut tu
aku nak kasi sound sikit kat orang2 yang tak suka kucing tu.. kalau tak suka jangan la sepak terajang kucing tu, cuba kalau kat akhirat esok si kucing tu terajang korang plak… ape perasaan korang?… rasa terhinakan….. huhu ok la ni je cerita aku untuk hari ni…
salam sayang dariku…
November20


Hari ni aku beli minyak wangi Titanium Action kat kawan tempat kerja aku,… harga asal minyak wangi ni dalam calatog Avon tak silap aku satu RM38,… tapi disebabkan kawan ni pun jual avon so aku guna harga dia la… RM38 dapat 2 botol (50ml) + 1botol (10ml),… nak kata wangi tu wangi gak la… tapi tak la wangi sangat… almaklumlah minyak wangi murah hehehe… nak beli jenama Dunhill, Polo semua tu tak mampu la aku… satu je dah 3-4ratus ringgit. Dulu masa tak ada kereta boleh la beli.. tapi sekarang ni macam-macam nak bayar…. kekadang gaji sebulan pun tak cukup sampai pinjam duit kat mak hehehehe..
aku ni memang boros sikit, kalau tak dibendung memang cepat muflis aku ni hehehe…. lagi satu pantang nampak gedget komputer… musti nak beli ehehehehe.. dah la office aku bersebelahan Plaza Low Yat… time lunch je mesti lalu lowyat tengok barang komputer…. kekadang tak de duit pun saja-saja nak jalan situ tengok benda baru.
tapi bila tak ada duit mula la menyesal apa yg dah dibeli tu…. kalau tak cukup duit makan apa lagi…. mak aku la jawapannya…. bank ke2 aku hihihihi…. dah besar pun mintak mak duit lagi.. tak malu betul la aku ni..
November19

Kamus mini ni adalah peneman aku kat tempat kerja,… aku ni kerja kat bahagian customer service so kenelah banyak cakap dan buat report dalam bahasa inggeris, aku ni tak la mahir berbahasa inggeris, kalau setakat membaca dan mendengar tu memang ok, cuma bila nak bertutur tu yg aku lambat sikit… kene susun ayat satu2 baru leh cakap hehehehe…. tu la dulu suh belajar aku malas nak belajar, skrg kat tempat kerja asik tergagap-gagap je speking london hehehe… tapi tak apa la kan at least aku belajar pelan-pelan dari tak belajar langsung… aku pun belajar bahasa inggeris melalui lagu-lagu orang putih ni… tapi pepaham je la bahasa sekarang ni dah ya’aa’au ya’aa’au sampai tersasul-sasul.
November17
Lama dah tak tulis kat blog ni, almaklumlah sekarang ni bz sikit ngan kerja-kerja akhir tahun, kan lagi sebulan je nak ke tahun 2009 so kita kenelah tunjukkan prestasi cemerlang, terbilang kat office heheheheh asalkan kerja yang kita buat tu dengan ikhlas. Semperna nak masuk tahun baru yang tinggal sebulan lebih je ni, aku dan kawan-kawan office telah buat satu trip percutian ke Cherating. Alasanya hendak abiskan cuti tahunan yang masih melambak dan perlu di langsaikan… tu diorang, cuti melambak lagi.. aku ni cuti dah tinggal kerat jari je…hehehehehe tapi tak kesah la jalan punya pasal semuanya OK!..
Percutian ke Cherating ni dah lama kitaorang cadang… dekat sebulan lebih. Jadi bulan 11 adalah bulan yang terbaik untuk bercuti, sebab bulan 12 kitaorang nak kerja… sebab ada banyak overtime dan double pay kat office (ehehehe gile keje aku ni)… ok la aku ni mulalah mengarut yang bukan2 … kita tengok je la travel log aku PERCUTIAN KE CHERATING
Hari Pertama (15-November-2008)
12.00pm : Bertolak dari rumah ke office
12.30pm : Tiba di office dan tunggu kawan2 yang lain sampai…
1:00pm : Mulakan perjalanan ke Cherating
3.30pm : Berhenti kat hentian Jabor makan-makan (lapar ooooo)
5.00pm : Sesat mencari resort tempat menginapan kami..
5.30pm : Sampai kat Impiana Resort Cherating (Check-in/Rehat/Mandi/dll)
8.00pm : Keluar beli jajan dan jalan2 cari makan kat sekitar Cherating.. huhu Harga makan kat sini mahal2 belaka.. murah lagi kat KL, air suam pun nak kira…
10.00pm : lepak kat lobby, cari Wifi katanya good connection… tapi hampeh.. tak dapat langsung… kata org front desk tu kadang2 connection ok kadang2 tak ok… amacam la resort 4bintang cam ni pun tak mampu nak baiki mutu Wifinya…
10:30pm : Dengan perasaan hampa kitaorang balik la bilik balik… ingat nak tido tapi mata tak ngantok plak… layan jap TV (nasibaik ada astro) sambil dengar pukulan ombak pantai yang ganaz tu… (yg ni aku suka… feel je.. dapat aku release kan tension kat kepala otak ni…)
12:00am : Mata dah ngantok ye la perjalanan yang jauh dan badan pun sakit2… so….
1.00am : …so…. ZZzzzZZZZZzzzzzzZZz
hari ke2 dan ke3 tunggu entry akan datang…. aku penat ni wei… malas nak taip malam ni… esok2 la ye hhehehe…